Wednesday, April 9, 2014

PERUBATAN HOMEOPATI DAN HUKUM PENYEMBUHAN HERING

Prinsip asas Homeopathy adalah:
1. Prinsip Seraksi (Law of Similars)

2. Prinsip Penawar Tunggal (Law of Single Remedy)

3. Prinsip Dos Minimum (Law of Minimum Dose)

4. Prinsip arah Kesembuhan (Law of direction of Cure)

1. PRINSIP SERAKSI
Homeopathy adalah berdasarkan teori “Seraksi dengan seraksi Menyembuhkan”. Prinsip seraksi ini berdasarkan buku Organon of Medicineoleh  Hahnemann dalam para 27 menyatakan:
            “Kuasa penyembuhan penawar adalah bergantung kepada gejala yang dikeluarkan yang seraksi dengan penyakit tetapi kuat darinya agar setiap individu pesakit mestilah secara pasti, secara radikal cepat dan kekal disembuhkan dengan penawar yang dapat seraksi dan lengkap dengan keseluruhan simptom, di dalam masa sama lebih kuat dari kuasa penyakit”. 

            Prinsip seraksi juga adalah merawat dengan menggunakan bahan-bahan yang mampu melahirkan tanda-tanda yang serupa ataupun hampir sama apabila diberikan kepada seorang yang sihat dengan tanda-tanda yang dipamerkan dalam diri pesakit itu.

2. PRINSIP PENAWAR TUNGGAL
Homeopathy memberikan untuk pesakit hanya sejenis penawar sahaja iaitu penawar yang mempunyai persamaan yang terhampir dengan tanda-tanda yang dimenifestasikan  oleh pesakit.
Prinsip ini turut dikenali sebagai Individualisation, bermaksud: setiap pesakit patut dirawat sebagai individu yang tersendiri dan unik.

Prinsip ini terdapat dalam Organon:
"…Dalam usaha penyembuhan, seseorang (doktor) harus mengambil kira konstitusi fizikal yang nyata pada pesakit/odirat, ciri-ciri intelek dan aktiviti, gaya hidup dan tabiatnya, taraf sosialnya, hubungan kekeluargaan, usianya, kehidupan seksual dan sebagainya." (Organon para 5:32)


3. PRINSIP DOS MINIMUM
Pada zaman sebelum Hahnemann, kandungan ubat yang diberikan kepada pesakit dalam keadaan mentah dan kasar (crude). Setelah Hahnemann membuat pemerhatian dan penelitian, beliau membuat kesimpulan bahawa menggunakan ubat dalam keadaan mentah dan kasar ini hanya menunjukkan kesan sampingan drug.
Selepas itu, Hahnemann membuat uji kaji dengan mengecilkan dan menghaluskan potensi ubat melalui proses potentization ataupun penajaman ubat, beliau dapati dengan penggunaan penawar Homeopathy pada dos yang kecil ini selamat tanpa ada kesan sampingan.
Di dalam Organon para 159 Hahnemann menyatakan:

            “Semakin halus dos penawar Homeopathy di dalam rawatan penyakit akiut semakin sedikit dan singkat bentannya di jam-jam pertama.”


4. PRINSIP ARAH KESEMBUHAN
            Homeopathy mempunyai prinsip kesembuhan yang tersendiri hasil daripada prinsip keseraksian antara dinamik penawar dan dinamik pesakit, melalui proses keserakisan ini wujud dinamik sembuh untuk mengembalikan tubuh pesakit kepada sihat.
            Prinsip arah kesembuhan ini ditemui oleh Dr. Constantine Hering dinamakan Hukum Hering.

i.          Dari atas ke bawah. 
ii.         Dari dalam badan ke bahagian luaran badan seperti bahagian kulit. Dari organ penting ke organ kurang penting
iii.        Dari keadaan semasa kekeadaan asalnya   / berbalik dari arah asal
            datangnya.

No comments:

Post a Comment